This is not a bullshit Expert Advisor like others. This EA is very profitable with managed risk. See the proof!

9 10

Quote:
Originally Posted by JGV100 View Post
InsyaALLAH dalam waktu terdekat ini, jika saya ada kelapangan, kita pergi ke level seterusnya. Saya akan terangkan lebih detail ttgn cara bagaimana menggunakan 62 ema dan AO untuk memudahkan dan memantapkan lagi trading kita semua menggunakan TEKNIK CSR100. Harap bersabar ya.


Salam Traders Semua.


MODIFIED CSR100


Seperti yang telah saya janjikan, hari ini kita pergi ke level seterusnya. Penggabungan 2 indi asas MT4, Moving Average (62 EMA) dan Awesome Oscillator (AO) dengan CSR100. Penggabungan ini saya namakan Modified CSR100 (MCSR100).


Just for info,

CSR100 adalah based on pure Price Action -----> Leading Indicator.

62 EMA dan AO pula adalah based on data2 (history) sebelumnya -------> Lagging Indicator (AO = Repaint)



Setting untuk indi di MT4


1. 62 EMA ---> 62 Exponential Moving Average (Close)

2. AO ------> Bill Williams Awesome Oscillator.



Fungsi 62 EMA dan AO


1. 62 EMA ------> fungsi utama 62 EMA adalah untuk membantu kita mengenal pasti arah trend seterusnya memastikan kita "Trade with the Trend" . Ianya juga amat effective bertindak sebagai "Support dan Resistance"


2. AO -----> fungsi AO adalah sebagai filter/confirmation untuk sesuatu Trade. Ia juga berfungsi untuk membantu kita melihat "divergence" seterusnya memberi signal awal adakah telah terjadi "trend reversal" atau kita masih di dalam sesuatu trend -"trend continuation".



Semuga penggabungan "Leading dan Lagging" indicator ini di dalam MCSR100, dapat membantu memudahkan trading kita dan juga membantu untuk kita "mengintai peluang2 atau SETUP" yang ada.


Saya akan berikan Rules MCSR100 dan contoh2 Charts di post2 akan datang untuk sama2 kita bincangkan. Di harap traders2 semua dapat memberikan comment2 untuk kebaikan kita semua. TQ


Wasalam.


HAPPY TRADINGS



Rules atau Strategi MCSR100


Sangat Effective Di TF 1 Hr (tf 15m kadang2 ok gak)



1. Price di atas 62 EMA -------> Uptrend (Buy/Long Aja)

2. Price di bawah 62 EMA ------> Downtrend (Sell/Short Aja)



DOWNTREND (sell aja)


Enter Post ------> Tunggu terjadinya SBR, enter short bila price bounce off SBR atau 62 EMA. Jika kedudukan SBR dan 62 EMA berada pada kedudukan sama atau hampir, ini menandakan "Strong Resistance" dan merupakan peluang terbaik untuk enter post sell/short.



Target Profit


TP 1 -----> Lowest Point (Support selepas terjadinya breakout)

TP 2 atau TP 3 ------> Disebabkan kita Trade with the TREND, kemungkinan untuk price break lowest point (latest support) dan membuat new low adalah tinggi. Di sini fungsi AO memainkan peranan untuk kita memaksimakan TP (profits). Close sell bila AO bertukar dari merah ke hijau atau bila terjadinya "divergence". Trailing Stop (TS) juga boleh digunakan. Sentiasa pindahkan SL beberapa pips di atas 62 EMA setelah breakeven.


Stop Loss (SL)------> Beberapa pips di atas SBR atau 62 EMA.



Untuk UPTREND adalah sebaliknya.



Rujuk Chart di bawah untuk gambaran yang lebih jelas.



Chart GU TF 1 HR.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x531.


Quote:
Originally Posted by mdhafiz View Post
Bro JGV100,
Mudahan Bro sentiasa diberkati dan ilmu makin bertambah kerana murah hati share info MCSR100. Semoga memudahkan lagi kpd semua trader dlm blog ini utk melihat trend. Boleh tau tak kenapa bro lebih berminat dgn EMA62 drp EMA/SMA yg lain. Minta maaf ya bro...Tkasih.


Hasil kajian dan pemerhatian saya, 62 EMA amat serasi dan paling sesuai/cun di padankan dengan CSR100.....62EMA sgt effective di TF 1 Hr melaksanakan dwi fungsi....arah trend dan juga Support/Resistance. Harap dapat membantu


Lihat chart di bawah untuk rujukan.


Price sentiasa menghormati 62EMA dan peluang inilah yg anda perlu ambil untuk masuk post.


Chart GU TF 1 HR


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x531.

Lagi Chart dari TEKNIK MCSR100. Harap dapat memberi gambaran yang lebih jelas.



Chart GU TF 1 HR



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x531.


Lihat bagaimana price bounces off 62ema untuk memberikan easy pips hijau.


Chart EU TF 1 HR - 31/10/2008



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x512.



UPDATE TERKINI GU



TEKNIK MCSR100 in Action......Simple n Profitable.



Chart GU TF 1 HR - 31/10/2008



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x512.





JOM ZOOM IN ke TF 15m dan lihat apa berlaku di sana



Chart GU TF 15m - 31/10/2008



MCSR100 in Action.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x512.


Quote:
Originally Posted by hackerz6 View Post
Bro..dr chart 15 min,bermakne market nak jd downtrend ker bro??

____________________
byk yg plu dipelajari tentang forex..


Higher TF (4HR ke atas) memang DOWNTREND.


Lihat Chart 1 HR .......Price bawah 62 EMA (ingat rule MCSR100).......> bawah 62 EMA , DOWNTREND (sell aja)


Zoom in TF 15m.........Sesi "mengintai" peluang untuk enter Sell aja


Awas: Bullish Divergence dah muncul, adakah tanda2 awal trend reversal di tf 15 akan berlaku ??? (tf kecil biasanya memberi weak signal / false signal).....sama2 kita tunggu dan lihat.


Harap dapat membantu


Satu disiplin yang bagus......jika anda tak pasti lebih baik Jangan Trade. Tak kan lari pips di kejar......banyak peluang lagi


Lihat sebenarnya apa yang berlaku.


Walaupun ada bullish divergence (tf kecil---->weak/false signal), yang paling penting lihat pada PA (Price Action - leading indicator).....AO (lagging indicator, hanya untuk membantu)



Charts di bawah mungkin dapat membantu memberi gambaran yang lebih jelas



Chart GU 1 HR , price di bawah 62 ema, masih Downtrend -------> jika bounce SELL aja..........Zoom in pada Chart 15m untuk melihat PA........ada SBR, 1st RETEST dan 2nd RETEST, peluang terbaik untuk enter post -----> sell aja .


Note: Lihat kedudukan SBR di kedua2 TF, TF15 dan TF 1hr adalah di lokasi yang sama (Strong SBR)



Chart GU TF 1 hr



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x512.





Chart GU TF 15m



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x512.



Quote:
Originally Posted by sasake View Post
Bro macamana kita nak tau chart menunjukkan L,H,HL,HH(uptrend) atau H,L,LH,LL(downtrend)??boleh bro perjelaskan dengan gambar tak??(contoh kat candlestick chart)??



Chart di bawah mungkin dapat membantu.
Sila Rujuk juga Post 19 Page 2.



Chart EU TF 1 HR



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x512.


Quote:
Originally Posted by mmoney View Post
alamak, jauhnye bro..sy duk shahalam...satu hari ada rezeki pasti sy akan belanja bro teh tarik kaw2 punya...

bro, berkenaan ngan AO yg repaint tu, sejauh mana bro menilai signal AO? dulu2 sy ada gak pakai AO bw ni, tapi byk false signal...minta pandangan bro...


AO - Awesome Oscillator memang repaint......gunakan di Higher TF...lebih tinggi TF lebih boleh di percayai. Lower tf memang selalu memberikan false signal. Biasanya saya gunakan untuk melihat DIVERGENCE. Sekiranya ada divergence di 2 tf saya akan "close trade"....membantu untuk memaksimakan profits.


AO juga boleh membantu untuk "enter trade"........tunggu sehingga AO dah tetap, berhenti repaint, tukar warna at least 2 bars. Jika anda mahir ttgn candlesticks dan candlesticks pettern, ini memberi banyak kelebihan.



Chart di bawah di harap dapat membantu.



CHART EU TF 1 HR


This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x512.


Quote:
Originally Posted by king_diamond View Post
salam otai2 semua....teknik SBR RBS ni leh guna PO tak, predict harga...atau mmg teknik instant execution je?


Boleh guna PO jika anda yakin......pastikan dah at least 1st RETEST, PO pada 2nd atau 3rd RETEST. Pastikan Trend masih Ok dan jangan lupa setkan tight SL (bebarapa pips atas SBR/RBS 1st RETEST atau atas/bawah 62 EMA)......apa2 boleh berlaku dalam FOREX.

Paling baik instant execution, kita boleh melihat Price Action sebelum membuat keputusan untuk "enter trade".


Harap dapat membantu

Quote:
Originally Posted by farisyaezmel View Post
Bro JGV, macamna nak lukis TL dan nak tanya jika AO dibawah zero dan bar dah bertukar dar merah ke hijau ( dah 2 bar ) kita close kan sell dan perlukan kita open buy..atau tunggu sehingga rules SnR/RnB, EMA62 berlaku sekali lagi. TQ...


Nak lukis Trendline (TL), pada pendapat saya agak subjective dan terpulang kepada kefahaman seseorang. Secara amnya TL di lukis apabila sesuatu price gagal sekurang2 nya 2 kali melepasi sesuatu line secara menyendeng (uptrend / downtrend) dan sebaik2nya 3 kali. Selagi price tidak berjaya melepasi TL ini selagi itulah TREND semasa masih UTUH. Fungsi TL telah di ambil alih oleh 62EMA di TEKNIK MCSR100.



Mungkin chart di bawah dapat membantu.. Cuba perhatikan betul2 TL 1 dan TL 2. Walaupun price telah break TL 1 tetapi masih dibawah TL 2 (lower TF dah uptrend tetapi higher TF masih downtrend - mungkin uptrend di lower TF hanyalah "retracement" di Higher TF).



Jika anda menggunakan MCSR100, anda tidak perlu open post buy setelah close sell jika tidak ada SETUP. Open post bila hanya ada SETUP MCSR100 sahaja, sticks to the rules. AO hanya membantu dan kadang2 memberi false signal.



Bagaimana pun jika anda mahir ttgn candlestick atau candlesticks pattern, anda boleh berbuat demikian jika terdapat signal buy/sell. Ini bukan SETUP MCSR100, just extra info, harap maklum.




Chart EU TF 1 HR - Trendline.



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1058x512.




PRICE : US$105 only! FREE FOREX MEGAPACK

To get discount, please request to mesinforex@gmail.com

Blog Archive